Saf Di Dalam Solat: Kedudukan, Perintah & Tuntutannya
>> 19 October 2009
Sebagai perkongsian buat kali ini, ana tertarik untuk berkongsikan artikel yang ana petik daripada saudara Nawawi, http://fiqh-sunnah.blogspot.com/. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada pembaca semua.
Read more...
Kullu 'Amin Wa Antum Bikhairin
>> 18 September 2009
1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat idil fitri .
Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata :
"Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya".
2) Menjamah makanan sebelum keluar.
Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : "Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya idil fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma..."
3) Memperbanyakkan Takbir dan bukan memperbanyakkan menonton TV dan bermain mercun ; Seharusnya umat Islam jangan terlalu di sibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Idul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.
4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ;
Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah "Taqabbalahhu minna wa minkum" ertinya : Semoga Allah menerima amalan ( amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu".
Disebut dalam sebuah riwayat :
قال واثلة لقيت رسول الله يوم عيد فقلت تقبل الله منا ومنك قال نعم تقبل الله منا ومنك
Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya dan aku katakan pada baginda "taqabballahu minna wa minka", baginda menjawab : Ya, taqabballahu minna wa minka" ( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )
5) Memakai pakaian terbaik yang ada ;
Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan.
Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang di haramkan di dalam Islam).
6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi) ;
Ia berdasarkan hadith dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya. (Riwayat Al-Bukhari)
7) Berziarah dan merapatkan hubungan baik sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.
Dalam pada masa yang sama, secara amat ringkas saya sertakan beberapa kesilapan kesilapan kerap di musim perayaan :-
1) Sentuhan ; Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi.
2) Aurat & Ipar ; Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.
3) Wangian Wanita ; Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.
4) Pakaian Wanita ; Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai.
5) Kubur ; Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin)
6) Meninggalkan solat ; kerana terlalu sibuk beraya di sana sini.
7) Dosa Bertempoh ; Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan. Malah memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadhan. Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadhan, maka syawal bolehlah bergaduh kembali. Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat berdating, bersyahwat melalui telefon dan 'chat', berjalan jauh berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya jauh-jauh.
Semoga ada manfaat.
Selamat Hari Raya Aifilfitri, Maaf Zahir dan Batin
"Kullu 'Amin Wa Antum Bikhairin"
Mengenang 40 Tahun Pembakaran Al-Aqsa
>> 20 August 2009

Al-Aqsa dibakar pelampau Yahudi pada 21 Ogos 1969
Tanggal 21 Ogos adalah salah satu daripada tarikh hitam bagi umat Islam di seluruh dunia. Genap 40 tahun yang lalu pada 21 Ogos 1969, maruah umat Islam telah tercalar dengan satu penghinaan apabila Masjid Al-Aqsa yang merupakan qiblat pertama umat Islam telah dibakar oleh pelampau Yahudi yang disokong kuat oleh golongan Kristian Zionis. Usaha terkutuk ini telah dilakukan oleh Michael Dennis Rohan yang berasal dari Australia.
Pada peristiwa tersebut, Michael Rohan telah menyalakan api di dalam Masjid Al-Aqsa untuk membakar hangus masjid dan sekaligus memusnahkannya. Api yang marak membakar hampir-hampir sahaja memusnahkan keseluruhan bangunan Masjid Al-Aqsa. Namun hasil usaha gigih dan tangkas oleh penduduk Islam di Baitul Maqdis selama sehari suntuk, akhirnya mereka berjaya memadamkan api tersebut.
Kejadian itu dianggap sebagai satu jenayah besar yang memilukan bagi umat Islam di seluruh dunia yang turut dirasai sehingga ke detik ini. Michael Rohan sebenarnya tidaklah bersedirian di dalam melakukan jenayah keji ini. Beliau mendapat sokongan padu dari rejim Zionis Israel yang mahu melihat Masjid Al-Aqsa lenyap dari muka bumi bagi meneruskan projek mereka untuk membina kuil Yahudi yang dikenali sebagai ‘Solomon Temple’ atau Haikal Sulaiman di dataran Baitul Maqdis tersebut.
Kemusnahan Al-Aqsa
Menurut ramai saksi, pasukan tentera Israel pada hari itu dengan sengaja telah menutup saluran paip air menuju ke Masjid Al-Aqsa agar agenda pembakaran yang dirancang dapat terus membakar keseluruhan bangunan masjid. Bahkan tentera Israel juga telah menghalang pasukan bomba dan warga Arab daripada memasuki kawasan masjid pada hari tersebut. Kebakaran itu merupakan antara detik yang terparah di dalam sejarah ancaman terhadap Masjid Al-Aqsa.
Aksi biadab dan ganas tersebut telah menyebabkan sebahagian besar Masjid Al-Aqsa mengalami kerosakan dan musnah menjadi arang termasuklah Mimbar Solahuddin al-Ayyubi yang bersejarah yang telah dibina sejak zaman Nuruddin al-Zinki, Mihrab Zakaria, Masjid Umar al-Khattab dan sebahagian besar daripada serambi masjid. Apabila dihitung dengan lebih teliti, kemusnahan tersebut melebihi sepertiga daripada keseluruhan kawasan masjid iaitu kira-kira 1500 meter persegi daripada 4400 meter persegi keluasan asal kawasan masjid. Turut musnah dalam kejadian tersebut adalah atap-atap masjid yang telah roboh menyembah bumi serta tiang-tiang yang indah dengan hiasan ayat-ayat al-Quran.
Penjenayah yang bertanggungjawab terhadap pembakaran tersebut, Michael Rohan telah ditangkap tetapi telah dibebaskan tanpa sebarang hukuman. Malahan beliau dengan rasa bongkaknya telah berkata bahawa apa yang dilakukannya adalah satu tanggungjawab agama sebagaimana yang termaktub di dalam ajaran kitab Talmud. Beliau turut menyatakan bahawa beliau telah berjaya di dalam melaksanakan misinya yang didakwa sebagai perintah dari tuhan. Mahkamah Israel sememangnya sentiasa bersandiwara apabila memutuskan bahawa Michael Rohan yang merupakan seorang doktor perubatan itu sebagai seorang yang tidak siuman dan hanya dikenakan tindakan dihantar pulang ke Australia.
Demikianlah, betapa gigihnya pengganas Zionis yang bekerja kuat siang dan malam memerah keringat serta menjalin kerjasama erat dengan rakan-rakan kroni. Mereka mempunyai objektif yang sama iaitu untuk menghapuskan Masjid Al-Aqsa dari muka bumi serta membuat persiapan demi persiapan bagi projek pembinaan kuil Yahudi impian mereka.
Organisation of Islamic Conference – OIC
Pembakaran Al-Aqsa telah menundang aksi protes dari seluruh dunia Islam bermula dari negara Maghribi di barat sehinggalah ke Indonesia di timur.
Beberapa pertemuan dan perundingan di peringkat regional dan internasional telah diadakan bagi menghentikan kemarahan umat Islam. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) terpaksa mengadakan sidang tergempar dan telah mengeluarkan Resolusi 271 yang mengutuk Israel dan menyeru Israel agar menghentikan segala usaha yang bertujuan untuk merubah status Kota Baitul Maqdis (Jerusalem) dan pengyahudian Masjid Al-Aqsa.
Para pemimpin negara-negara Islam telah bergabung dan bersetuju untuk menubuhkan OIC ekoran dari kejadian pembakaran Masjid Al-Aqsa tersebut. Mereka telah mengadakan pertemuan tergempar di Rabat, ibu negara Maghribi serta telah menghasilkan beberapa resolusi bagi mencegah apa jua usaha penodaan Masjid Al-Aqsa. Namun sedihnya keputusan-keputusan itu semuanya hanya tinggal sebagai resolusi yang tidak berjaya dilaksanakan.
Peristiwa pembakaran Al-Aqsa pada tahun 1969 itu sebenarnya bukanlah peristiwa yang terakhir terhadapnya. Bahkan penodaan Masjid ke-3 suci bagi umat Islam ini semakin meruncing sehingga ke saat ini. Ternyata sekali bahawa PBB dan OIC telah terbukti gagal dalam menangani keselamatan dan kesucian Masjid Al-Aqsa.
Ancaman Yang Berterusan
Kesan pedih dari pembakaran Masjid Al-Aqsa pada tahun 1969 masih terus dirasai oleh dunia Islam sehingga ke saat ini. Pada 27 Januari 1982, sekelompok Yahudi radikal berjaya masuk ke Masjid Al-Aqsa untuk membakarnya sekali lagi namun usaha mereka berjaya dipatahkan.
Kemudian pada 14 Januari 1989, beberapa orang anggota (parlimen) Knesset Israel telah masuk ke Masjid Al-Aqsa dengan kawalan ketat pasukan rejim Zionis Israel dan di dalam Masjid Al-Aqsa mereka telah membaca kitab-kitab suci agama Yahudi mereka.
Seterusnya pada September 2000, mantan PM Israel Ariel Sharon, dengan kawalan ketenteraan yang sangat ketat dari pasukan militari rejim Zionis Israel telah melakukan kunjungan ke Masjid Al-Aqsa dan telah masuk ke dalam masjid itu. Beliau telah mengatakan bahawa lawatan tersebut adalah hak bagi rakyat Israel untuk melawat sebahagian dari tanah negara mereka. Kunjungan tokoh pengganas Sabra dan Shatila ini telah menyebabkan tercetusnya Intifada Al-Aqsa (kebangkitan rakyat Palestin).
Kini, setelah 40 tahun pembakaran Masjid Al-Aqsa, masih ada ribuan lagi anggota kelompok pengganas Zionis dan Yahudi radikal yang terus menanti kelalaian umat Islam untuk merobohkan Masjid Al-Aqsa yang diberkati itu.
Projek Pengyahudian Masjid Al-Aqsa
Masjid Al-Aqsa mula jatuh ke tangan penjajah Zionis pada bulan Jun 1967 dengan tertawannya bahagian timur Baitul Maqdis. Bermula dari peristiwa yang dikenali sebagai an-Naksah (malapetaka yang berulang) itu, Masjid Al-Aqsa telah terus menerus dinodai kesuciannya. Acapkali berlaku peristiwa demi peristiwa di masjid yang diberkati ini dengan kejadian yang begitu menguji perasaan dan hati sanubari umat Islam. Juga kerapkali berlaku ketegangan politik di dunia Islam disebabkan Masjid Al-Aqsa sentiasa diganggu-gugat kemuliaannya oleh golongan Yahudi radikal yang bersekongkol dengan rejim Zionis Israel.
Selain dari pembakaran masjid, banyak lagi jenayah Zionis ke atas Masjid Al-Aqsa. Di antaranya ialah :-
1. Menghalang umat Islam dari menziarahi masjid ini
2. Menghalang usaha membaik-pulih Masjid Al-Aqsa yang rosak
3. Perampasan Tembok Buraq yang merupakan sebahagian dari Al-Aqsa
4. Mengadakan upacara agama Yahudi di dalam Al-Aqsa
5. Siri pengeboman secara terancang ke atas Masjid Al-Aqsa
6. Siri pembunuhan umat Islam di Masjid Al-Aqsa
7. Penggalian terowong yang besar lagi panjang di bawah masjid ini.
Sudah terlalu banyak kes jenayah yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel terhadap Masjid Al-Aqsa yang merupakan jantung hati umat Islam. Kesimpulannya, apa yang telah, sedang dan yang akan berlaku terhadap Masjid Al-Aqsa merupakan sesuatu yang sepatutnya sudah cukup untuk menyedarkan umat Islam dari terus lena dalam buaian mimpi.
Sebagai qiblat yang pertama bagi umat Islam, masjid yang ketiga suci serta bumi Isra’ dan Mi’raj, Masjid Al-Aqsa mesti diselamatkan dari kemusnahan dan kehancuran oleh tangan-tangan pengganas rejim Zionis dan pelampau Yahudi.
Tindakal praktikal bagi menyelamatkan Al-Aqsa
Sebenarnya banyak perkara yang praktikal yang boleh kita sumbangkan bagi menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dari ancaman kemusnahan. Di antaranya ialah:
1. Bermula dengan diri kita, kenali sejarah Palestin dan kepentingan Masjid Al-Aqsa dalam aqidah umat Islam.
2. Didiklah keluarga dan masyarakat tentang keutamaan mengambil berat urusan umat Islam termasuk dengan apa yang berlaku di Palestin.
3. Tanam dan sebarkan kesedaran tentang status sebenar Masjid Al-Aqsa kepada masyarakat dengan apa jua cara.
4. Anjurkan program yang berkaitan dengan Masjid Al-Aqsa pada sambutan peristiwa Isra’ dan Mi’raj ataupun pada Hari Al-Aqsa Sedunia pada 21 Ogos nanti di masjid-masjid, sekolah-sekolah, kampus universiti dan di premis-premis yang lain.
5. Memberikan sumbangan kewangan kepada badan-badan yang memperjuangkan masa depan Masjid Al-Aqsa.
6. Memahamkan isu ini kepada pelbagai lapisan masyarakat di negara kita dan mengajak mereka untuk turut serta dalam agenda memperjuangkan kesucian Al-Aqsa.
7. Menyokong seruan pemboikotan ekonomi ke atas barangan musuh (Zionis) dan juga pendokong mereka.
8. Melibatkan golongan bukan Islam dalam isu ini di atas asas persefahaman bersama dan menyerlahkan dimensi kemanusiaan. Persefahaman ini adalah bertitik tolak daripada kefahaman yang benar, adil dan berdasarkan kemanusiaan.
9. Melonjakkan isu ini ke persada nasional dan antarabangsa kerana perjuangan pembebasan Al-Aqsa adalah isu yang menyatukan cita-cita dan hasrat umat Islam sejagat.
10. Berdoa kepada Allah swt agar Masjid Al-Aqsa diselamatkan dari musuh-musuh umat Islam dan kemuliaannya sentiasa terpeilhara.
Kita harus bertindak segera secara sistematik dan berterusan demi masa depan Masjid Al-Aqsa. Kita mesti melakukan tindakan secara pro-aktif sebelum rejim Zionis dan golongan yang bersekongkol dengannya berjaya di dalam melaksanakan cita-cita jahat mereka. Sebelum nasi menjadi bubur dan sebelum kita semua terlambat, mari kita berganding bahu dan mengorak langkah ke hadapan demi kesucian Al-Aqsa tercinta…
Oleh,
Prof Madya Dr Zainur Rashid Bin Zainuddin,
Naib YDP ISMA Cawangan Seremban.
Laman Web ISMA
Rujukan:
* Harun Yahya. Palestine – Zionism and Israel Terrorism. Islamic Book Service. Delhi 2003.
* Mahmud as-Sharatawi. Memory of Al-Aqsa Mosque Arson: Muslims’ Duty. 22 August 2005. http://www.islamonline.net
* Maszlee Malik. Al-Aqsa Dalam Bahaya. Kuala Lumpur 2006.
* Mohsen M.Saleh. History of Palestine. A Methodical Study of the Palestinian Struggle. Al-Falah Foundation. Cairo 2005.
* Tareq M. Suwaidan. Palestine – Yesterday, today and tomorrow. Ebbad Co. Kuwait 2006.
* United Nations Security Council Resolution 271 – September 15, 1969. http://www.un.org
* Yusuf Al Qardawi. Baitul Maqdis – Tanggungjawab Setiap Muslim. Pustaka Syuhada. Kuala Lumpur 1999.
Dia Memasamkan Muka - Tafsiran Surah 'Abasa
>> 06 August 2009
Wahai pembaca yang dirahmati Allah sekalian, saya ingin mengajak pembaca sekalian untuk bersama-sama meneliti tafsiran surah yang ke-80 di dalam al-Quran iaitu Surah ‘Abasa. Ia merupakan surah Makiyyah – surah yang telah diturunkan di Makkatul Mukarramah, bandar kelahiran baginda Nabi Muhammad s.a.w. Surah ini mengandungi 42 ayat. Apa yang ingin saya ketengahkan di sini ialah intipati surah ini bagi memberi peringatan dan petunjuk kepada kita sesuai dengan firman Allah:

Bermohonlah kepada Allah agar kita sentiasa berada di jalan-Nya tanpa bersimpang-siur.
Bahagian I – Neraca Allah Yang Maha Agung (Ayat 1 hingga 16)
Pada permulaan surah ini, Allah telah menerangkan kepada kita hakikat dakwah ini, kemuliaan, keagungan, ketinggian serta sifatnya yang tidak memerlukan sesiapa dan mana-mana sokongan melainkan kepada Allah semata-mata. Saya tertarik untuk membawa pembaca sekalian untuk bersama-sama membuka kembali lembaran sirah baginda di mana baginda telah ditegur dan dikecam oleh Allah atas perbuatan baginda yang memasamkan muka ketika seorang lelaki yang buta dan miskin – Abdullah ibn Ummu Maktum datang dan bertanya kepada baginda:
“Wahai Rasulullah! Bacalah kepadaku dan ajarkanku apa yang telah diajarkan Allah kepadamu.”
Sedangkan baginda pada ketika itu, sedang sibuk melayani pembesar-pembesar Quraisy – ‘Utbah dan Syaibah, kedua-dua anak Rabi’ah, ‘Amr ibn Hisham, ‘Umayyah ibn Khalaf, al-Walid ibn al-Mughirah dan al-‘Abbas ibn Abdul Muttalib. Baginda menyangka dengan berurusan dengan para pembesar Quraisy ini, dakwah Islamiyyah dapat disebarluaskan dengan pesat – suatu tugas penting yang dapat memberikan kebaikan yang banyak kepada dakwah dan agamanya. Lalu, Allah berfirman,
Di sinilah yang hendak diperlihatkan oleh Allah bahawa pentingnya segala neraca pertimbangan disandarkan hanya semata-mata kepada neraca pertimbangan langit bukannya kepada neraca dunia – kedudukan, harta benda atau darjat. Betapa pentingnya segala pertimbangan disandarkan kepada neraca langit dalam mempertimbangkan segala nilai dan perhitungan dalam membuat keputusan. Firman Allah:
Orang yang bertaqwa di sini adalah orang yang meletakkan neraca langit sebagai neraca pertimbangan bagi segala nilai dan keputusan yang hendak dibuat. Neraca langit terus menerus mengangkat ahli at-Taqwa walaupun mereka tidak mempunyai sebarang nilai bumi.
Satu perkara lagi yang begitu ditekankan melalui penurunan surah ini adalah sifat dakwah Islamiyyah itu sendiri. Dakwah ini perlulah diberi perhatian kepada orang mahukannya kerana dirinya sendiri, tanpa mengambil kira apakah kedudukan atau pangkat yang lebih kepada pertimbangan neraca dunia. Kisah Abdullah ibn Ummu Maktum adalah contoh yang dapat kita perhatikan dengan jelas. Harapan Islam kini hanya terletak pada dakwah Islamiyyah agar menyelamatkan umat manusia kini daripada jahiliyyah buat kali keduanya dan berusaha untuk mempersiapkan manusia yang sekental dan sehebat generasi sahabat radhiallahu ‘anhum.
Selain itu, Allah turut menyatakan bahawa al-Quran sebagai suatu peringatan dan betapa mulianya kedudukan al-Quran itu sendiri. Dengan kemuliaan pada setiap lembaran al-Quran itu, maka ia menjadi suatu bukti yang tepat untuk dikatakan neraca langit yang Maha Benar lagi Sohih. Segala pertimbangan ahli at-Taqwa perlulah disandarkan kepada al-Quran yang lain tidak bukan datangnya daripada Allah yang Maha Bijaksana dalam mengatur seluruh kehidupan manusia.
Bahagian II(a) – Keingkaran dan Kekufuran Manusia (Ayat 17 hingga 23)
Setelah hakikat agung diketengahkan dalam bahagian pertama, bahagian kedua pula memperihalkan tentang kehairanan terhadap manusia yang enggan menerima hidayah, menolak keimanan dan memandang rendah kepada dakwah kepada Allah. Allah s.w.t. telah melakarkan rasa hairan dengan kekufuran manusia yang melupakan asal usul kejadiannya dan tidak nampak segala kekuasaan Allah kepada segenap alam ciptaan-Nya. Sehinggakan Allah memberi kecaman kepada orang-orang yang demikian melalui firman-Nya:
Di dalam surah ‘Abasa ini, Allah telah menyatakan hakikat penciptaan manusia yang sangat rendah dan kerdil – air mani yang hina. Namun, hakikat diri manusia yang lalai dan leka tidak memikirkan tujuan dan hakikat penciptaan dirinya sebagai manusia. Firman Allah:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ اعْبُدُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ وَالَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ (٢١
Di dalam bahagian kedua surah ‘Abasa ini juga diterangkan kepada kita bahawa manusia telah dibantu oleh Allah dengan cara memudahkan jalan hidup dan jalan hidayah bersesuaian dengan kemampuan seseorang manusia itu. Firmah Allah:
Tugas menghidupkan dan mematikan adalah tugas Allah selaku pencipta dan pentadbir alam-Nya. Justeru, layaklah Allah jua yang menghidupkan dan mematikan segala makhluk ciptaan termasuklah kita manusia. Segalanya berada di dalam genggaman Allah tanpa ada sesuatupun yang terlepas. Sehinggalah sampai suatu masa, Allah akan mengembalikan semula nyawa kepada kita untuk dibangkitkan semula bagi tujuan penghisaban. Tidakkah kita berasa malu jika kita tampil di hadapan Allah dengan keadaan penuh dosa dan noda? Sebagai peringatan untuk kita bersama – manusia sebenarnya sering leka daripada melaksanakan tugas kita untuk mempersiapkan diri menuju kematian.
Bahagian II(b) – Pentadbiran Allah Terhadap Alam Ciptaan-Nya (Ayat 24 hingga 32)
Dalam bahagian kedua ini, Allah juga cuba menceritakan kepada kita hakikat bagaimana Allah s.w.t. yang Maha Bijaksana mentadbir alam ciptaan-Nya. Tidakkah kita melihat bahawa Allah telah melimpahkan rahmat makanan di atas muka bumi ini? Ini adalah salah satu lagi perkara yang dimudahkan untuk manusia. Siraman hujan, tumbuh-tumbuhan yang tumbuh membelahi bumi, biji-bijian, sayur-sayuran, zaitun dan pohon-pohon kurma, taman-taman yang menghijau subur, buah-buahan serta berbagai-bagai rumput adalah semua ciptaan Allah khas untuk kegunaan manusia dan binatang ternakan. Betapa hebatnya alam ciptaan-Nya yang telah ditadbir dengan Maha Bijaksana, namun masih ada lagi manusia yang kufur dan ingkar kepada Allah, na’uzubillah.
Bahagian III – Hari Kiamat Yang Dahsyat (Ayat 33 hingga 42)
Di bahagian ketiga ini, Allah hendak menarik perhatian kita tentang kedahsyatan hari kiamat. Begitu dahsyatnya hari tersebut sehinggakan digambarkan bahawa kita akan bertempiaran lari tanpa mempedulikan saudaranya, ibu dan bapanya serta isteri dan anak-anaknya. Semua orang sibuk dengan urusan masing-masing tanpa mempedulikan hubungan dan tali persaudaraan yang terikat kuat selama ini.
Namun, pada ketika kesibukan dan kekalutan itu, orang-orang beriman dan bertaqwa digambarkan berada dalam keadaan berseri-seri, bercahaya, riang, ketawa dan gembira. Mereka menaruh harapan kepada Allah dan tenang kerana merasai keredhaan Allah s.w.t. dan selepas mengetahui kedudukan mereka, mereka melonjak kegembiraan setelah melalui detik kiamat yang menakutkan.
Di sebalik itu, orang-orang kafir pula diselubungi kesedihan dan kekesalan kerana setiap peluang di dunia dahulu disia-siakan. Mereka dibayangi kesugulan dan kegelisahan kerana pelbagai jenis hukuman dan azab bakal menanti mereka.
Rujukan:
1. Tafsir Fi Zilalul Quran Jilid 17
2. Modul Pembangunan Insan, Ikatan Muslimin Malaysia
Read more...
Kepadamu Generasi Belia: Qudwah Dalam Diri Umair Bin Sa'ad r.a.
>> 31 July 2009
Sesungguhnya usia belia adalah sangat berharga dan banyak cabaran yang akan ditempuhi ketika menyusurinya. Belia yang soleh dan kuat merupakan suatu aset yang sangat besar kepada sesebuah bangsa. Namun, apa yang sudah berlaku pada belia masa kini…? Tidak perlu diulas dengan panjang lebar. Anda semua boleh menilai dengan mata hati masing-masing.
Saya amat tertarik dengan coretan kisah hidup seorang sahabat nabi s.a.w. ketika beliau masih muda belia lagi, iaitu Umair Bin Sa’ad. Umar al-Khattob r.a. mengatakan bahawa “Umair bin Sa’ad merupakan belia yang tiada tolok bandingnya”. Beliau merupakan sahabat yang pintar, amanah, berani, dan memeluk Islam sewaktu umurnya baru mencecah 10 tahun.
Umair bin Sa’ad al-Anshori merupakan seorang anak yatim dan fakir sejak kecil. Namun ibunya telah berkahwin dengan seorang hartawan daripada kabilah Aus iaitu al-Julas bin Suwaid. Dia menjaga Umair dengan baik dan amat menyayangi Umair. Ketika umurnya yang masih mudah, Umair tidak pernah meninggalkan solat berjemaah bersama Rasulullah s.a.w.
Pada tahun ke-9 Hijrah, Rasulullah s.a.w. telah menyatakan keazamannya untuk menyerang Rom di Tabuk. Ketika itu musim panas menjelang tiba. Sekalipun begitu, orang Islam tetap menyahut seruan jihad tersebut. Pada suatu hari, iaitu beberapa hari sebelum keberangkatan angkatan tentera Islam ke Tabuk, Umair kembali ke rumahnya setelah menunaikan solat di masjid. Walaupun usianya muda, semangat beliau begitu berkobar-kobar untuk berjihad seperti para sahabat yang lain. Namun, Umair berasa hairan dengan sikap lengah al-Julas (ayahnya) menyediakan persediaan untuk bertolak bersama-sama Rasulullah saw. Umair ingin membangkitkan keinginan dan semangat dalam jiwa al-Julas. Lantaran itu, beliau mula menceritakan suasana yang dilihat dan didengarinya mengenai semangat sahabat-sahabat nabi yag berkorban menginfakkan sebahagian besar harta mereka. Namun al-Julas seolah-olah tidak mendengar apa yang diceritakan oleh Umair. Tiba-tiba terpancul dari mulut al-Julas satu kalimah yang amat mengejutkan
“JIka benar kenabian yang didakwa Muhammad, kita lebih teruk daripada keldai”
Umair amat terkejut dengan kata-kata al-Julas kerana dengan kata-kata sedemikian dapat mengeluarkan penyebutnya daripada iman dan memasullannya ke dalam kekufuran. Maka timbullah perasaan berbelah bahagi dalam diri Umair . Jika berdiam diri mengenai al-Julas dan menyembunyikan keadaannya adalah suatu pengkhianatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Jika menghebohkan apa yang didengarinya itu, ia akan menjadi satu penderhakaan kepada seorang ayah, ibarat kacang melupakan kulit.
Lalu Umair berpaling kepada al-Julas sambil berkata, “Demi Allah wahai al-Julas, tidak ada seorang di atas muka bumi yang lebih saya cintai selepas Muhammad bin Abdullah selain dari kamu. Kamulah orang yang paling saya sayangi. Namun kamu lafazkan kalimah, apabila saya menyebutnya kepada Rasulullah, maka saya akan memburukkan kamu. Tetapi jika saya sembunyikan , saya telah mengkhianati amanah. Dengan itu saya membinasakan diri saya dan agama saya. Oleh itu, saya berazam untuk menemui Rasulullah dan menceritakan apa yang telah kamu sebutkan tadi. Berwaspadalah terhadap diri kamu.”
Umair bin Sa’ad menuju ke masjid lalu menceritakan apa yang telah berlaku kepada Nabi s.a.w. Kemudian nabi mengutuskan seorang sahabat untuk memanggil al-Julas. Setibanya al-Julas, Nabi saw memintanya duduk seterusnya bertanya kepada beliau, “Apakah perkataan yang telah didengar Umair bin Sa’ad dari kamu?”. Lalu al-Julas membela dirinya dengan mengatakan bahawa Umair telah berdusta. Tiba-tiba seorang lelaki berkata, “Seorang budak yang derhaka….dia hanya menyakiti orang yang telah berbuat baik kepadanya”. Nabi s.a.w. menoleh kepada Umair. Baginda mendapati muka Umair merah dan air matanya mengalir.
Tiba-tiba tanpa segan silu, al-Julas terus bersumpah, “Sesungguhnya saya bersumpah dengan nama Allah bahawa saya sedikitpun tidak menyebut apa yang disampaikan Umair kepada Nabi”. Kini, mata orang ramai mula tertumpu kepada Umair bin Sa’ad.
Tiba-tiba, turunlah wahyu dan para sahabat pun memahami bahawa Nabi sedang menerima wahyu dari Allah. Setelah kesan wahyu itu hilang dari Rasulullah, Baginda membaca firman Allah.
Mereka bersumpah dengan Allah, bahwa mereka tidak mengatakan. Sesungguhnya mereka telah mengucapkan perkataan kekafiran, dan telah menjadi kafir sesudah Islam dan mengingini apa yang mereka tidak dapat mencapainya, dan mereka tidak mencela, kecuali karena Allah dan Rasul-Nya telah melimpahkan karunia-Nya kepada mereka. Maka jika mereka bertaubat, itu adalah lebih baik bagi mereka, dan jika mereka berpaling, niscaya Allah akan mengazab mereka dengan azab yang pedih di dunia dan akhirat; dan mereka sekali-kali tidaklah mempunyai pelindung dan tidak penolong di muka bumi. (At-Taubah:74)
Mendengar firman Allah yang dibaca oleh Nabi itu, al-Julas menggeletar kerana sangat terkejut dan takut dengan apa yang didengarnya. Maka al-Julas terus berkata, “Bahkan saya bertaubat, wahai Rasulullah…. bahkan saya bertaubat, wahai Rasulullah. Umair berkata benar, saya sebenarnya yang berdusta”.
Nabi s.a.w. lantas berpaling ke arah Umair, lalu bersabda sambil memegang telinga Umair dengan lembut, “Wahai budak lelaki!! Telinga kamu menunaikan apa yang telah didengarinya. Dan Tuhan kamu telah membenarkan kamu”. Semenjak itu al-Julas kembali ke pangkuan Islam dan keislamannya benar-benar utuh.
Begitulah sedikit coretan kisah mengenai Umair bin Sa’ad ynag sangat hebat keimanan dan keperibadiannya. Akhlak seorang belia yang bernama Umair bin Sa’ad ini perlulah dicontohi oleh kita semua. Menurut kisah ini, dapatlah kita simpulkan bahawa betapa kuat dan solehnya akhlak sahabat. Ia juga menonjolkan kebijaksanaan beliau dalam membuat keputusan berdasarkan neraca Allah. “Berani kerana benar, takut kerana salah”. Namun bagaimana pula dengan belia-belia kita. Adakah mereka tahu apa itu Islam…?? Adakah Islam mereka hanya pada nama..? Jika Islam pun masih tak kenal, apatah lagi mempunyai keteguhan iman seperti Umair!!
Sesungguhnya, kerosakan yang berlaku pada belia masa kini adalah kerana tiadanya tarbiyah Islamiyah yang sempurna dalam diri mereka. Kita tidak perlu menunding jari kepada sesiapa, sebaliknya kita semua perlulah sama-sama memikul tanggungjawab ini kerana demi menyelamatkan belia Islam kita. Bersamalah kita fikir dan renungkan terhadap apa yang telah berlaku ini.
Mohd Arshad bin Sa’ari
Ahli PEMBINA Terengganu (Kuala Terengganu)
Israk Mikraj: Pembebasan Al-Aqsa Dijanji Allah
>> 20 July 2009

“Maha Suci Tuhan yang telah mengIsrakkan (menggerakkan) hambaNya di waktu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya, agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kekuasaan) Kami” (Al-Israk:1).
Bulan Rejab adalah bulan Israk Mikraj. Ia merupakan bulan Masjidil Aqsa dan Palestin di bumi Syam, kerana tempat dan negeri yang berkat ini menjadi pilihan Allah swt sebagai tapak pelancaran kenderaan Buraq yang membawa Rasulullah saw ke langit Sidratul Muntaha pada malam 27 Rejab 620M.
Bumi ini pernah didiami oleh ramai para Rasul termasuk Nabi Ibrahim as, Nabi Ishak as, Nabi Yaakub as, Nabi Yusof as, Nabi Daud as, Nabi Sulaiman as, Nabi Zakaria as, Nabi Yahya as, Nabi Syuaib as, Nabi Musa as, Nabi Harun as dan Nabi Isa as. Semua mereka membawa aqidah Islam yang sahih lalu didustakan oleh kaum mereka.
Di sini tempat bermulanya ajaran sesat Kristian dan Yahudi serta tempat mereka mengerjakan haji di beberapa lokaliti pada hari ini. Di sini tempat tuju Tentera Salib dalam kurun ke-11 dan 12, melalui kempen perang suci mereka terhadap umat Islam. Di sini mereka ditewaskan oleh Solahuddin Al-Ayyubi pada tahun 1188M di Ain Jalut. Di sini mereka datang semula apabila British dan Perancis berpakat bersama menjajah Syam (Lubnan, Syria, Jordan dan Palestin) pada tahun 1917M. Di sini pada tahun 1947M, British menyerahkan bumi Palestin yang sedang dijajahnya untuk diratah kejam oleh Yahudi hingga ke saat ini. Atas nama persidangan PBB, negara-negara Barat dan sekutunya mengundi dan memenangi majoriti untuk kelahiran sebuah negara baru bernama “Israel” pada tahun 1948M.
Demi untuk menjamin keselamatan Israel dan mengukuhkan cengkaman ke atas negara-negara Arab, Amerika membelanjakan berbillion dollar dalam kempen menjajah Iraq. Penguasaan lobi AIPAC (Badan Lobi Israel di Amerika) oleh anggota-anggotanya yang berpengaruh mencengkam Amerika dalam ekonomi, media dan kempen politik, teknologi maklumat, ketenteraan dan sebagainya sudah cukup kuat memaksa sesiapa sahaja calon Presiden Amerika untuk menyatakan walak (kesetiaan) kepada Israel, jika calon tersebut bercita-cita untuk menang dan merasa tinggal di Rumah Putih, kediaman Presiden.
Calon Republikan, McCain berkempen dan berkata Amerika bersedia untuk terus menjajah Iraq 100 tahun lagi. Calon Demokrat, Barrack Obama sebaik sahaja mengalahkan Hillary Clinton untuk menjadi calon Demokrat menentang McCain, ketika dijemput berucap dalam sidang AIPAC berkata, “Jerusalem yang bersatu, akan terus menjadi ibu negara Israel”. Ketika ini bandar Jerusalem terbahagi dua, Jerusalem Barat milik Yahudi dan Jerusalem Timur majoritinya Islam tetapi kini dalam proses pengyahudian dengan pemusnahan banyak kampung Islam dan pembinaan taman perumahan Yahudi.
“Mereka merancang, Allah (juga) merancang. Allah adalah sebaik-baik perancang” (Surah Al-Anfaal). Lama sebelum British dan Yahudi menjajah Palestin, Allah swt mengIsrakkan hambaNya pada malam 27 Rejab 620M, dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Rasulullah saw mengimami rasul-rasul dalam solat di Masjidil Aqsa, kemudian diMikrajkan ke langit. Nabi saw menolak arak dan memilih susu.
Ini memberi isyarat kepada semua umat di dunia hari ini dan akan datang termasuk musuh-musuh Allah dan umat Islam bahawa jika rasul-rasul yang memimpin mereka sendiri sebelum ini telah menjadi makmum di belakang Nabi Muhammad saw, kamu juga suatu hari nanti akan menjadi makmum, dipimpin dan dibimbing oleh umat Nabi Muhammad saw di akhir zaman nanti biar hebat mana kekuatan tentera dan teknologi kamu dan biar seangkuh mana sikap kamu terhadap umat Islam. Umat Islam yang hidup dengan ajaran fitrah seperti susu, suatu hari nanti akan mengalahkan, memimpin dan membimbing kamu wahai umat yang tenggelam dengan arak, ibu segala maksiat.
Sabda Rasulullah saw, “Tidak tiba Hari Kiamat sehinggalah orang Islam memerangi Yahudi dan orang Yahudi bersembunyi di belakang pokok dan batu. Lalu berkatalah pokok dan batu, ‘Wahai orang Islam, wahai hamba Allah, sesungguhnya di belakangku ini ada orang Yahudi (bersembunyi). Marilah sini dan bunuhlah dia. (Semua jenis pokok dan batu berkata demikian) melainkan Al-Gharqad, kerana ia adalah pokok Yahudi” (Hadis).
Sabda Rasulullah saw, “Akan terus menerus satu golongan dari umatku terang-terangan di atas kebenaran. Orang-orang yang jahat tidak dapat memudharatkan mereka sehingga datang ketentuan dari Allah, sedang mereka masih dalam prestasi sedemikian. Para Sahabat ra bertanya, “Di manakah mereka ya Rasulullah?” Rasulullah saw menjawab, “Di Jerusalem dan di sekitar Jerusalem” (Hadis).
Kemenangan umat Islam di bumi Israk Mikraj, Palestin mengalahkan Yahudi yang menjajah dan Kristian yang mendokong mereka adalah pasti dan dijanjikan oleh Allah swt dan RasulNya. Syaratnya ialah umat Islam kembali menghayati Islam dan mencapai semula taraf “hamba Allah” seperti dalam hadis di atas “…Wahai orang Islam, wahai hamba Allah…” yang diiktiraf bukan sahaja manusia yang lain tetapi diiktiraf pokok dan batu.
Sebaliknya jika ramai umat hari ini dan kerajaan di negara mereka belum mencapai taraf “hamba Allah”, hanya sekadar “hamba nafsu”, “hamba kerusi”, “hamba duit dan harta”, “hamba iblis dan godaannya” dan apa sahaja hamba kepada selain Allah, maka tiada gunanya slogan dan persidangan isu Palestin di hotel dan dewan yang mewah, oleh mereka yang memiliki pangkat dan gelaran yang kosong, kertas dan ucapan yang tidak membawa kepada amal yang serius. Jika sikap dan keadaan ini berterusan, Allah akan menggantikan mereka dengan kaum yang lain yang tidak seperti mereka. “Sekiranya kamu berpaling, Allah akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain. Kemudian mereka tidak seperti (perangai dan prestasi) kamu” (Surah Muhammad:38).
Dipetik : Laman Web ISMA
Rahsia Solat Awal Waktu
>> 06 July 2009
Artikel ini sebagai renungan kita bersama, ana petik daripada kiriman e-mel seorang sahabat. Kata-katanya pun ana tak ubah sedikitpun...
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak aid?
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh..
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar / rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaanakan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinyadan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusny a memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpanrahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkanbagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya!
Ustaz Fathi Yakan - Perginya Seorang Tokoh
>> 13 June 2009
Dunia Islam menangisi pemergian Ketua Barisan Bertindak Islami dan mantan ahli parlimen Lubnan, Ustaz Fathi Yakan yang meninggal dunia pada hari ini pada usia 76 tahun, selepas mengalami masalah kesihatan yang teruk. Almarhum Ustaz Fathi Yakan lahir pada tahun 1933 di kota Tripoli yang terletak di Utara Lubnan. Beliau merupakan salah seorang tokoh yang amat penting bagi gerakan Islam di Lubnan dan dunia Islam.
Beliau merupakan pengasas gerakan Islam di Lubnan, sekitar tahun 50-an.Ustaz Fathi Yakan mempunyai sumbangan penting dalam menyatukan ideologi gerakan-gerakan Islam di dunia Arab. Beliau telah menghasilkan sejumlah tulisan, antaranya buku "Apa Ertinya Saya Menganut Islam", "Masalah Dakwah dan Pendakwah" serta "Persepsi Haraki dalam Kerja-kerja Islami". Karya-karya beliau telahpun diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa di seluruh dunia.
Di Lubnan, beliau berperanan sebagai seorang tokoh yang menyeru kepada perpaduan serta mengelakkan perselisihan di antara rakyat Lubnan, terutama antara kekuatan pihak majoriti dan minoriti.
Dipetik dan diterjemah dari IslamonLine.net;
Dr. Fathi Yakan ialah ulama' dan pendakwah Islam yang terkemuka. Berkelulusan Ph.D. dalam Bahasa Arab dan Pengajian Islam, beliau merupakan antara penggerak awal gerakan Islam sekitar tahun 1950. Beliau juga merupakan Setiausaha Agung Al-Jamaa Al-Islamia Lubnan sehingga beliau memenangi kerusi Parlimen di Lubnan. Beliau ialah aktivis utama dalam arena politik, kelihatan paling jelas semasa pilihanraya pada tahun 1996.
Marilah sama-sama kita mendoakan agar beliau dicucuri rahmat. Pemergian beliau merupakan kehilangan besar dalam arena dakwah Islamiyyah. Sama-samalah kita mencontohi beliau dalam menjalankan usaha-usaha dakwah.
Rujukan:
Laman Web PEMBINA
Dah Habis Exam... Jambori Pengakap Melaka..?
>> 28 May 2009
Alhamdulillah, ana nak memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah kerana telah memberi kekuatan kepada ana dan sahabat-sahabat di IPGM sepanjang menghadapi peperiksaan. Memang getir dan genting saat-saat sedang peperiksaan, sampai blog pun tak ter'update'.
Dah habis exam ni, bleh la enjoy dan releasekan stress. Ana akan menyertai Jambori Pengakap Melaka Bandaraya Warisan Dunia Ke-7 di Bukit Katil, Melaka yang akan diadakan pada 30 Mei hingga 4 Jun 2009.
Dalam Jambori ni, ana telah dilantik sebagai Ketua Perkhemahan, tanggungjawab yang cukup besar. Namun, ana akan cuba dengan sedaya upaya memimpin rakan pemimpin yang lain. Kami terlibat dengan Jambori ni atas tiket Penolong Pemimpin Kumpulan Latihan Malaysia Ke-30 (KLM 30).
Alhamdulillah, ana sempat juga siapkan buku program untuk Jambori tu. Sebenarnya buku tu untuk tetamu yang mungkin melawat tapak perkhemahan KLM 30. Sempat juga ana selitkan beberapa doa pilihan untuk kegunaan rakan pemimpin yang lain, Insyaallah.

